HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Bacaan Romantika Cinta

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Bacaan Romantika Cinta   Fri Feb 27, 2009 5:05 pm

.:Bercinta Cara Islam:.

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: .:TIADA YANG DAPAT MENGGANTINYA:.   Fri Feb 27, 2009 5:07 pm

TIADA YANG DAPAT MENGGANTINYA…..


“cyg…sudi tak kalau wan jadikan ika sebagai isteri wan…?”

Ayat yang selama ni aku tunggu keluar dari mulut kekasihku…Wan…akhirnya keluar walaupun dia agak gagap apabila cuba katakan kepada ku…aku membalas jawapannya dengan hanya senyuman yang paling manja pernah aku berikan kepadanya…hubungan yang telah kami bina selama 4 tahun akhirnya berakhir dengan ikatan pernikahan…

“aku terima nur fuzanalyka binti mohd fuad dengan mas kahwinnya……………”

Hati ku gembira sekali apabila lafaz akad nikah berjalan dengan sempurna…air mataku gugur kerana gembira melihat jejaka yang aku sayang akhirnya menjadi suamiku…aku tahu wan turut gembira memperisterikan diri ku yang serba kekurangan ini…aku yakin dia boleh membimbing aku ke jalan Allah yang Maha Esa…

Wan merupakan seorang pelakon…walaupun dia sibuk dengan penggambaran…dia masih sempat menelefon bertanyakan khabar…kadang-kala dia bawa ku ke tempat penggambaran jika dia berjauhan dengan ku…walaupun aku menolak untuk mengikutinya kerana takut mengganggunya…dia tetap berkeras untuk membawa ku bersama…katanya dia rindu kalau dia berjauhan dengan ku…

“cyg…jom la ikut wan…tolong la cyg…nanti wan rindu…kalau cyg tak ikut..dah tak ada tempat wan nak manja-manja…”
“wan…bukan cyg tak nak ikut…cyg takut nanti pengarah wan marah cyg sebab menyibuk…”
“ala….pengarah wan pun bawa isteri dia…takkan wan tak boleh bawa cyg…kalau dia marah kita sama-sama tarik hidung dia…bagi tambah panjang lagi hidung dia…hehe..”
“gurau pulak wan ni….cyg serius la…hurmmm…..yela…cyg ikut…tapi….wan kena belikan coklat Cadbury untuk cyg….boleh…?”
“boleh jer…bukan setakat 1….1 kilang pun wan boleh belikan…hehe…”

Wan memang suka bergurau…itu memang sifatnya…walaupun dia suka bergurau…kadang-kala dia kuat merajuk…itu tandanya dia marah…dia kuat merajuk sebab kalau dia marah dia akan keluarkan perkataan yang tak sepatutnya…jadi…dia ambil keputusan untuk merajuk demi menjaga hatiku…tapi lain pula aku…kadang-kala mulutku terlepas cakap benda yang bukan-bukan sampai dia kecil hati…tapi dia tak peduli kerana dia tahu yang aku tak bermaksud sedemikian…

Hari ini genap 2 tahun ulang tahun perkahwinan kami…wan membawa aku makan malam di Hotel Concorde yang terletak di KLCC…tempat itu memang mewah…aku dah nasihatkan jangan membazir…tapi..dia berdegil…katanya mahu raikannya dengan suasana yang istimewa…dan romantik….


“wan…cyg nak pergi somewhere kejap la…urusan perempuan..hehe…”
“ok…tapi cepat sikit…ada sesuatu wan nak cakapkan…”
“baiklah tuan putera yang ku sayang….”

Ketika aku sedang keluar dari restroom…kelihatan ramai orang mengelilingi meja aku dan wan…aku menjadi hairan apabila kedengaran salah seorang menyuruh pelayan memanggil ambulan…aku menjadi cemas…aku segerakan langkahku menuju ke meja…aku melihat wan terbaring kaku…aku menjerit sekuat-kuatnya memanggil nama wan…wan kelihatan pucat lesu…aku tak mengerti apa yang terjadi sebenarnya….

“puan fuzana….suami puan sebenarnya menghidap penyakit barah otak…kami sudah cuba sedaya-upaya kami untuk memulihkan suami puan..tapi dalam keadaannya yang kritikal…kami tak dapat berbuat apa-apa…maafkan kami…”

Aku rebah di situ juga…mama sempat menyambut ku…air mataku gugur membasahi pipiku yang tembam…aku mendapatkan mamaku…aku terlalu sedih apabila doktor memberitahu keadaan wan…kini….wan ditempatkan dalam wad ICU…tubuhnya lemah…mukanya pucat…tubuh wan dipenuhi dengan wayar-wayar yang membuatkan aku menitiskan air mata lagi…selang beberapa jam…wan membuka matanya…kelihatan wan amat lemah…wan cuba berkata-kata tapi aku tak membenarkannya…wan hanya mampu mengangguk tanda faham…

Hari demi hari…aku tunggu di sisi wan…wan perlukan aku…sebagai seorang isteri…aku perlu bertanggungjawab…wan semakin lemah…pada 1 pagi yang redup…wan berkata padaku yang dia teringin aku baring di sebelahnya…aku naik ke katilnya lalu terus memeluknya sambil menangis…aku terlalu sayang pada suamiku…aku tak sanggup hidup sendirian…bagaimana dengan kehidupan ku jika wan sudah tiada…?aku meletakkan kepala ku pada bahu wan…entah kenapa aku tiba-tiba menangis dengan teresak-esak…

“wan…..janganlah wan tinggalkan cyg…ika tak nak wan tinggalkan cyg sendirian…cyg tak ada tempat untuk cyg bermanja…cuma wan seorang jer tempat cyg bermanja…”

Wan tak berkata apa-apa…keadaan menjadi sunyi sepi….badan wan menjadi lemah longlai…aku menangis semahu-mahunya….wan sudah tiada….aku terpaksa terima kehendak Ilahi…wan….cuma wan seorang yang ada dalam hati ika….tiada siapa yang boleh gantikan tempat wan dalam hati ika….

Hari ini angin bertiup sepoi-sepoi bahasa…terasa hari ini kosong tanpa kehadiran wan di sisi ku…bersama ku…sekeping sampul surat yang kemas balutannya…aku masih belum dapat membukanya sejak pemergian wan…aku duduk di taman yang kami telah bina sejak kami berkahwin…aku membukanya dengan cermat…kelihatan tulisan yang amat kemas…belum sempat aku membaca ayat yang pertama…air mataku gugur lagi…aku cuba beranikan diri untuk membacanya…



“ kepada permaisuri hidup ku….

Sejak kita mula berkenalan…wan tahu..ika la yang akan menyinari hidup wan…siang malam asyik teringat pada ika…sekian lama wan sembunyikan perasaan wan….akhirnya kita dapat menjalani hidup sebagai suami isteri…wan amat bahagia semasa hidup bersama ika…susah senang…ika sanggup bersama wan…wan rasa…kalau kita tak ditemukan…tentu wan tak sebahagia ini…wan amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi seorang isteri yang baik hatinya...comel..pandai ambil hati wan…taat perintah Tuhan yang Maha Esa…wan bersyukur sangat dijodohkan dengan ika…kalau cyg dapat buka surat ni…tahniah wan ucapkan…sebab berani hadapi dugaan Allah…dan di sini juga wan nak minta maaf kalau selama kita kenal sampai wan menghembuskan nafas yang terakhir…wan ada buat salah…menyinggung perasaan ika…maafkanlah wan…wan cuma insan biasa yang mengharap kasih sayang ika…halalkan makan minum wan…wan cukup bahagia dari saat kita berjumpa sampai lah sekarang…sebenarnya wan dah tahu lama wan menghidap barah otak…cuma wan tak sampai hati tengok cyg bersedih…wan tau cyg seorang yang sensitif…jadi…wan rahsiakan…tak ada siapa pun yang tahu…wan minta maaf sebab tak beritahu cyg awal-awal…sampai di sini warkah wan untuk isteri wan yang tercinta dan yang paling wan sayang…


Kenang daku dalam doa mu…
Wan…“


Air mataku semakin deras mengalir…aku termenung sambil ditemani kucing kesayangan wan...kairi…air mataku tak dapat dibendung lagi…air mataku sekali lagi tumpah apabila melihat gelagat kairi yang sedang cuba bermanja-manja dengan ku…mungkin kairi kerinduan…begitu juga aku…rindu untuk bermanja-manja dengan suamiku yang tercinta…

“Ya Allah…sampaikanlah pesan dan rinduku ini kepada wan…lindungilah Wan.. moga dia sentiasa riang ketawa di bawah Arasy-Mu yang Maha Agung…tempatkan wan di sisi Mu yang lebih mengasihinya….AMIN……”

AL-FATIHAH…….
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Bila lelaki benar2 jatuh cinta...   Fri Feb 27, 2009 5:11 pm

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dn setia pd kekasihnya dgn ikhlas,p`ubahan sikap nye amat mengejutkan.

Hati lelaki yg di aggap keras selama ini tiba2 m1jadi lembut spt kapas apabila jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sggup b`korban dn wat ape saje utk kekashnye.Sekeras manapun hati lelaki ia akn mengalirkn air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amat lah payah.

Di antara tanda2 lelaki yg telah jatuh cinta dgn hebat adalah:

1.Dia b`sungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela

bkn kerna t`paksa.

2.Dia s`tiasa ingin m`hiburkn kekasihnya dn b`ubah

m`jadi orgyg kuat b`cakap.

3.Dia bnyk menasihati kekasihnya kerna dia amat menyayanginya.

4.Dia s`tiasa takut akan kehilangan kekasihnya.

5.Dia s`tiasa m`awasi p`gerakan kekasihnya kerna dia s`tiasa berasa curiga.

6.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

7.Dia mudah berasa cemburu dan s`sitif apabila kekasihnya tidak menumpukn

sepenuh p`hatian kepadanya.

8.Ada kalanya dia sprt anak kecil yg meminta p`hatian kerna dia mahu kekasihnya

melayan nya lebih dari org lain.

9.Dia m`jadi org yg paling rajin dan sggup m`bantu kekasihnya melakukan apa saja.

10.Dia pandai merajuk hati kerna ingin di pujuk oleh kekasihnya.

11.Dia akan mengelabah apabila kekasihnya b`jauhan drpd nya t`lalu lama.

12.Dia s`tiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

13.Dia mementingkn kekasihnye drpd diri s`diri.

14.Dia kerap b`tanya adakah kekasihnya m`cintainya kerna dia merasa kasihnya

lebih kuat drpd kekasihnya.

15.Dia x akan melayan pmpuan lain yg tidak ada urusan penting dgnnya.

16.Dia cuba meluangkn lebih bnyk masa dgn kekasihnya walau t`paksa

menunggu kekasihnya dgn sabar.

17.Dia m`banggakn kekasihnya di depan org lain.

19.Kalau di tggalkn oleh kekasihnya ia akan merasa serik dan tidak p`caya dgn cinta

pmpuan lain namun dia s`tiasa m`harap kekasihnya kembali kepadanya.

20.Dia m`anggap kekasihnya sebagai org yg paling di p`cayai dan sggup

m`gadai nyawanya s`diri.

21.Dia tidak akn b`laku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia b`buat demikian

itu b`erti hatinya blm hundred persen menyintai kekasihnya.

22.Bukan semua lelaki sggup menitiskn air mata hanya utk seorg pmpuan,,
HARGAILAH MEREKA
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: 10 hadiah utama yg sering dilupai untuk org tsyg   Fri Feb 27, 2009 5:11 pm

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kit
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: 10 kelebihan tiada kekasih   Fri Feb 27, 2009 5:14 pm

1. Jimat masa


2. Dapat tido lena


3. Tak perlu riso kalu xde miskol


4. Tak perlu riso nk mekap kalu xcantik


5. Boleh makan kt mana2 restoren


6. Takde lagi sms boring tgh malam


7. Bley cakap dgn mana2 lelaki /pmpuan


8. Takde lagi nasihat yg membingitkan tinge


9. Bley pergi ke mana saje hatta dgn sesape ponn


10. Tak perlu dgr lawak bodoh lagi
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Sayangilah Dia..   Fri Feb 27, 2009 5:24 pm

Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.


Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Posts : 80
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang island of spammer

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Sat Feb 28, 2009 6:56 pm

memang romantik sungguh abg mod kita nih

_________________
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Mon Mar 02, 2009 12:19 am

salam,

mana ada romantik.. awek pun xda lagi.. huhu.. boring la plak hidup berstatus "single" ni.. nak gak merasa status "in a relationship" atau "its complicated".. kalau "married" jauh lagi la... hahaha
Back to top Go down
View user profile
spark87
legend
legend


Posts : 340
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : pulau mutiara

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Mon Mar 02, 2009 12:23 am

ohmlawx wrote:
salam,

mana ada romantik.. awek pun xda lagi.. huhu.. boring la plak hidup berstatus "single" ni.. nak gak merasa status "in a relationship" atau "its complicated".. kalau "married" jauh lagi la... hahaha

pi la ngorat sorang...tula...rajin2 kan diri pi fnf kat khaleel usm konpem sangkut sorang Laughing
Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Mon Mar 02, 2009 6:49 am

ehem..ehem..
takowt yg disuruh xtersangkot..yang menyuruh lak sangkot..
bahaya tuh..
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Mon Mar 02, 2009 11:33 am

pinky wrote:
ehem..ehem..
takowt yg disuruh xtersangkot..yang menyuruh lak sangkot..
bahaya tuh..

wah, cam WARNING ja ni.. hehehe
Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Mon Mar 02, 2009 9:57 pm

mmg WARNING pon untuk si dia..
tapi si dia tuh bukannya heran pada WARNING...
mengamuk dia heran lew..
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: 5 rahsia imej lelaki yang perlu anda ketahui...   Wed Mar 04, 2009 9:47 am

LELAKI ADALAH PEMIMPIN : Seharusnya dia melindungi, mendidik dan menyelamatkan wanita – bukannya mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita ATAU menunggu serta memilih wanita hebat sahaja untuk dimiliki.

Lelaki yang mengakui cintanya suci dan sejati adalah lelaki yang menghormati dan menjaga maruah teman wanita atau kekasihnya – Seharusnya lelaki ini bertimbang rasa dan berusaha membahagiakan wanita yang dicintainya bukanya menguasai dan menggunakan kuasa `VETO" sebagai lelaki.

Lelaki yang benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita: Dia akan menerima siapa sahaja wanita itu seadanya, bukannya menyiasat dan menilai wanita yang macamana yang harus dicintai atau dijadikan teman hidup.

Lelaki yang bergelar suami adalah pemimpin dalam rumahtangga: Sebarang masalah yang bergolak atau kepincangan dalam rumahtangga adalah tanggungjawab suami bukannya meletakan segala punca masalah atas kerana isteri atau anak-anak – Ianya berpuca daripada kelemahan kepimpinan suami.

Lelaki perlu bijaksana dalam setiap urusan dan tindakan. Jangan sesekali menyalahkan orang lain atau menuding jari atas setiap kegagalan hidup yang dilalui.
Back to top Go down
View user profile
arebunk
novice
novice


Posts : 86
Join date : 2009-02-25
Age : 32
Location : PenanG

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Wed Mar 04, 2009 8:58 pm

pinky wrote:
ehem..ehem..
takowt yg disuruh xtersangkot..yang menyuruh lak sangkot..
bahaya tuh..
wakakaka abis la SI DIA tuh kena amukan pinky..
Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Wed Mar 04, 2009 11:49 pm

kalau xcaye..
datang la galaxy relau setiap kali abes fnf kat khaleel usm tuh..
mesti dengar sore org menjerit...
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
spark87
legend
legend


Posts : 340
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : pulau mutiara

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Wed Mar 04, 2009 11:50 pm

jerit gaduh ke jerit lain nih..hahahaha


Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Wed Mar 04, 2009 11:53 pm

jerit gaduh la abg spark ooii..
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Thu Mar 05, 2009 12:32 am

gaduh2 sayang tu..
Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Thu Mar 05, 2009 1:08 am

mana tau nih??
xde maknanyer kalau kita sayang die,die lak sayang owang len..
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
spark87
legend
legend


Posts : 340
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : pulau mutiara

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Thu Mar 05, 2009 1:25 am

sayang siapa erk? Suspect


Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Thu Mar 05, 2009 1:27 am

No No galak btoi la mamat nih..
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
spark87
legend
legend


Posts : 340
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : pulau mutiara

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Thu Mar 05, 2009 1:35 am

Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Thu Mar 05, 2009 2:32 am

affraid affraid affraid awat nk off topic lak??
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Catatan Harian Isteri dan Suami   Thu Mar 05, 2009 11:29 pm

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!
BUKU HARIAN ISTERI
Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.
Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".
Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.
Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".
Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....
Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....
BUKU HARIAN SUAMI
Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!! TULLL...
Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Thu Mar 05, 2009 11:43 pm

lelaki mmg pentingkan diri sendiri..
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
Sponsored content




PostSubject: Re: Bacaan Romantika Cinta   Today at 8:04 am

Back to top Go down
 
Bacaan Romantika Cinta
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 4Go to page : 1, 2, 3, 4  Next
 Similar topics
-
» G - meter diy

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Kopitiam :: Sembang2 kedai kopi-
Jump to: