HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Bacaan Membina..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Bacaan Membina..   Fri Feb 27, 2009 5:00 pm

"Abg nak beli kuih..??"

oleh:ANNURSOLEHAH

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Kita Bukannya VS Kita Adalah.........   Fri Feb 27, 2009 5:34 pm

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: SAPA PENCURI SEBENAR?   Fri Feb 27, 2009 5:40 pm

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan sesaorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya.
Back to top Go down
View user profile
budakperlis
legend
legend


Posts : 209
Join date : 2009-02-23
Location : Lagend Sq[u]ad Spam Penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Fri Feb 27, 2009 6:45 pm

peh sempoi la abg ohm kita nie...
betul kita bukan pandai nak cakap orang bodoh Razz
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Posts : 80
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang island of spammer

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Sat Feb 28, 2009 6:48 pm

cerita yang bermakna bagi yang memahami..good job ohmlawx

_________________
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net
budakperlis
legend
legend


Posts : 209
Join date : 2009-02-23
Location : Lagend Sq[u]ad Spam Penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Sun Mar 01, 2009 1:16 am

Admin wrote:
cerita yang bermakna bagi yang memahami..good job ohmlawx

yap Cool
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: Adik   Mon Mar 02, 2009 2:37 pm

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke > sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... "Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."......

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata.

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan." Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

HIDUP INI SATU PERJUANGAN DAN TIDAK DINAMAKAN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN
Life is short so make it sweet and simple..
Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Thu Mar 05, 2009 1:23 am

lagik..lagik..
dah abes ke? Very Happy Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
racingzonne
expert
expert


Posts : 142
Join date : 2009-02-22
Age : 31

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Thu Mar 05, 2009 9:00 pm

walaupun penah baca tp bacaan neh memang best. baca banyak2 kali pun tetap best
Back to top Go down
View user profile
ohmlawx
moderators
moderators


Posts : 266
Join date : 2009-02-21
Age : 30

PostSubject: ~~~Kenapa kita perlu balik kerja awal~~   Thu Mar 05, 2009 11:32 pm

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Back to top Go down
View user profile
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Thu Mar 05, 2009 11:41 pm

wah...penoh bermakna..
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
teodolit
legend
legend


Posts : 222
Join date : 2009-03-03
Age : 34
Location : pahang - penang

PostSubject: 3 Perkara Bill Gates Mengaku Kalah   Fri Mar 06, 2009 9:46 pm

3 Perkara Bill Gates Mengaku Kalah

MAGIC #1

An Indian discovered that nobody can create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as “CON”. This is something pretty cool… and unbelievable…

At Microsoft the whole Team, couldn’t answer why this happened! TRY IT NOW ,IT WILL NOT CREATE ” CON ” FOLDER


MAGIC #2

Microsoft crazy facts. This is something pretty cool and neat… and unbelievable… At Microsoft the whole Team, including Bill Gates, couldn’t answer why this happened!

It was discovered by a Brazilian. Try it out yourself…

Open Microsoft Word and type

=rand (200, 99)

And then press ENTER

then see the magic…………………………

kalau tak percaya cuba buat kat komputer anda semua

p/s kalau salah thread tolong move..sekadar info..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ishak_sarani
pinky
novice
novice


Posts : 102
Join date : 2009-02-21
Age : 29
Location : penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Sat Mar 07, 2009 7:13 am

dah penah try ke?
Back to top Go down
View user profile http://northsidebikers.forumotions.net/forum.htm
teodolit
legend
legend


Posts : 222
Join date : 2009-03-03
Age : 34
Location : pahang - penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Sat Mar 07, 2009 9:25 am

pinky wrote:
dah penah try ke?

dah..kalau create new folder kita tak boleh rename folder tu dengan nama CON..

kalau kita buka ms word, kita tak boleh taip perkataan ni
=rand (200, 99)
bila kita habis taip je dan tekan enter,keluar satu ayat yang panjang berjela2..
dari window 98 sampai window vista,masalah ni tetap tak leh solve..
ini diakui oleh semua pakar komputer..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ishak_sarani
felixthecat
expert
expert


Posts : 131
Join date : 2009-02-23
Location : Penang - KL -Bangi

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Sun Mar 08, 2009 11:01 pm

wow...something new...heeehehe
Back to top Go down
View user profile
teodolit
legend
legend


Posts : 222
Join date : 2009-03-03
Age : 34
Location : pahang - penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Mon Mar 09, 2009 12:06 am

felixthecat wrote:
wow...something new...heeehehe

new tapi dah salah thread la..
kalau tanya big boss kilang aku, mesti dia gagap punyer..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ishak_sarani
racingzonne
expert
expert


Posts : 142
Join date : 2009-02-22
Age : 31

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Tue Mar 10, 2009 4:32 pm

teodolit wrote:
pinky wrote:
dah penah try ke?

dah..kalau create new folder kita tak boleh rename folder tu dengan nama CON..

kalau kita buka ms word, kita tak boleh taip perkataan ni
=rand (200, 99)
bila kita habis taip je dan tekan enter,keluar satu ayat yang panjang berjela2..
dari window 98 sampai window vista,masalah ni tetap tak leh solve..
ini diakui oleh semua pakar komputer..

rand(200,99) tu rasanya random dalam 200 sebanyak 99 kot Very Happy
Back to top Go down
View user profile
teodolit
legend
legend


Posts : 222
Join date : 2009-03-03
Age : 34
Location : pahang - penang

PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Tue Mar 10, 2009 5:41 pm

racingzonne wrote:

rand(200,99) tu rasanya random dalam 200 sebanyak 99 kot Very Happy

btoi btoi btoi...
tapi try wat
=rand(200,1)
pastu tekan enter..dia keluar gak macam tu..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ishak_sarani
Sponsored content




PostSubject: Re: Bacaan Membina..   Today at 8:07 am

Back to top Go down
 
Bacaan Membina..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» G - meter diy
» heel spur - remedies?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Kopitiam :: Sembang2 kedai kopi-
Jump to: